Perdana V 1.6

Rumah Perdana [SM Sains Kota Tinggi,SAKTI]

historyofspider

Sang labah-labah merupakan logo bagi rumah sukan kami. 

Rumah kami mula ditubuhkan pada tahun 2004 dan bertemakan warna ungu.

Mulai detik itu, pelbagai kejayaan telah kami kecapi dan banyak penghargaan yang kami terima sepanjang kewujudan rumah kami.

Setiap ahli rumah sukan Perdana amat mementingkan semangat kerjasama dan sentiasa bersatu menentang musuh ataupun rumah-rumah yang lain.

Semoga rumah sukan Perdana akan SUKSESSSS!!!!!!............. 

Segalanya bermula disini...3 Januari 2004

Ditubuhkan pada awal tahun 2004,rumah Perdana,adalah rumah sukan terakhir yang ditubuhkan di bumi waqafan SAKTI,serentak dengan penubuhan rumah sukan Waja.Semasa diawal penubuhannya,rumah Perdana menerima penghuni baru dari aras Iswara,Satria,Wira dan Tiara pada tahun sebelumnya.Perdana juga menerima perintisnya yang pertama,iaitu batch kesembilan di SAKTI. (PHALANX IX).Mereka juga barisan pelajar yang pertama memulakan sesi persekolahan di SAKTI dengan nama Perdana,sebagai nama rumah sukan rasmi.

Dibawah zaman pemerintahan saudara Mohd.Khairul Faiz Bin Oman,Perdana sudah mampu mengorak langkah yang disinari gemerlapan kejayaan,sambil memintas rumah sukan lain yang jauh lebih 'tua'.Walaupun rumah Perdana sewaktu itu,baru setahun jagung,tetapi kejayaan yang diukir begitu memberangsangkan,lantas mendorong semua ahlinya untuk terus menggembeling tenaga untuk menjulang nama Perdana kekal di atas takhta kejuaraan.Bermula dengan semangat kekeluargaan yang baru mula berputik,Perdana terus mara...demi nama baik Spider...

Zaman kepimpinan bertukar wajah,namun Perdana terus mara,berpaksikan motonya "First,Faith,Fight".Sesi 2005 mula membariskan barisan kepimpinan dibawa saudara Mohd.Taufiq Sujangi,dan perjuangan diteruskan.Tidak banyak yang mampu diungkapkan semasa tahun 2005.Tetapi sesi 2006,dibawah saudara Tajul Ariffin Bin Norsadan,Perdana berjaya mengangkat tinta emasnya sebagai yang terbaik,setelah berjaya menggondol empat dari lima anugerah yang dipertandingkan dalam Hari Kecemerlangan Kokurikulum SAKTI 2006,antaranya Rumah Sukan Terbaik Sahsiah,Rumah Sukan Terbaik Keselamatan,Keceriaan dan Kebersihan dan Rumah Sukan Terbaik Kokurikulum.Lebih mengujakan,Perdana diangkat sebagai Rumah Sukan Terbaik Keseluruhan Sistem Merit SAKTI 2006.

Zaman bersilih ganti,tampuk kepimpinan bertukar wajah....dibawah saudara Mohamad Nazmi Bin Japri,Perdana mula menunjukkan prestasi yang kurang memberangsangkan...tetapi situasi ini mula diperbaiki dibawah kepimpinan saudara Muhammad Zulfadzli Bin Jamaluddin.Beliau sentiasa komited dalam memimpin warga Perdana dan prihatin dalam soal kebajikan warga Perdana.

Kini,rumah Perdana sudah lima tahun bertapak di bumi waqafan SAKTI.Dalam meniti arus perjuangan,ahli rumah Perdana terus komited dalam mengharungi ranjau dan pengorbanan yang menujah hidup mereka.Semoga Perdana terus berkembang mekar didalam sanubari warganya.